Monday, November 17, 2008

"Amalan Zikir Harian"

Sebaik-baik manusia adalah yg selalu mengingati Allah swt. Tidak kira dimana berada @ apa jua yg dilakukan hati tetap sentiasa mengingati Allah...
Ketahuilah bahawa dgn mengingati Allah hati akan menjadi tenang...Sedikit sebanyak amalan zikir yg blh diamalkan dlm kehidupan seharian kita...i'allah


...........................................................................................................................

ISNIN

.............................................................................................................................

SELASA


..........................................................................................................................

RABU


.......................................................................................................................

KHAMIS


................................................................................................................................

JUMAAT


.............................................................................................................................

SABTU


.............................................................................................................................

AHAD


.........................................................................................................................



Sunday, November 16, 2008

Tahukah anda apa itu...Islam...Iman...&...Ihsan...



Assalamualaikum muslimin & muslimah sekalian...artikel pd kali ini ana ingin mbicarakn tentang soal islam, iman dan jg ihsan...kita mengakui bahawa diri kita islam tp adakah kita beriman??? tepuk dada tnyalah iman...apa khabar iman kita hari ni???sihat@sakit...tinggi@rendah...sama2 kita renungkan!!! Ana menasihatkan diri ana & scara tidak lnsungnya jg bt diri antum semua...

Berbalik kpda apa itu islam, iman dan jg ihsan.....


Islam Merangkumi Tiga Peringkat

Rasullallah saw pd suatu hari pernah didatangi malaikat Jibril dalam mbentukkn dirinya sbgai seorang lelaki yang tidak dikenali dikalangan para sahabat yang ada pada ketika itu, dia menanyakan kepada beliau tentang Islam, Iman dan Ihsan. Setelah beliau menjawab berbagai pertanyaan Jibril dan dia pun telah meninggalkan mereka, maka pada suatu kesempatan Rasullallah bertanya kepada sahabat Umar Al-Khattab, “Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu ?” Maka Umar menjawab, “Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu”. Nabi pun bersabda, “Sesungguhnya dia itu adalah Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.” (HR. Muslim). Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah mengatakan: Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawasanya Iman, Islam dan Ihsan semuanya diberi nama addin@agama (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 23).

Jadi agama Islam itu merangkumi 3 peringkat iaitu :
  1. Islam

  2. Iman

  3. Ihsan


Islam

Di dalam hadis tersebut, ketika Rasulallah ditanya tentang Islam beliau menjawab, “Islam itu engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mdirikan solat, mtunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah (jika engkau mampu)”. Syeikh Ibnu Utsaimin menjelaskan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini ialah bahwa Islam itu terdiri dari 5 rukun (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 14). Jadi Islam yang dimaksud disini adalah amalan-amalan lahiriyah yang meliputi syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Dalam erti kata lain ialah Rukun Islam (amalan lahiriah) :
  1. Syahadah

  2. Solat

  3. Puasa

  4. Zakat

  5. Haji


Iman

Selanjutnya Nabi ditanya mengenai iman. Beliau bersabda, “Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari akhirat dan engkau beriman terhadap qadha’ dan qadar; (yang baik mahupun yang buruk)”. Jadi Iman yang dimaksud disini merangkumi perkara-perkara batiniyah yang ada di dalam hati. Syeikh Ibnu ‘Utsaimin mengatakan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini adalah pembezaan antara Islam dan Iman, ini terjadi apabila kedua-duanya disebutkan secara bersama-sama, maka ketika itu Islam ditafsirkan dengan amalan-amalan anggota badan sedangkan Iman ditafsirkan dengan amalan-amalan hati, akan tetapi bila sebutkan secara mutlak salah satunya (Islam saja atau Iman saja) maka sudah merangkumi yang lainnya. Seperti dalam firman Allah Ta’ala, “Dan Aku telah redha Islam menjadi agama kamu.” (Al Ma’idah : 3) maka kata Islam di sini sudah merangkumi Islam dan Iman… (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 17).

Dalam erti kata lain ialah Rukun Iman (amalan batiniah) :
  1. Beriman kpd Allah

  2. Beriman kpd Malaikat

  3. Beriman kpd Kitab

  4. Beriman kpd Rasul

  5. Beriman kpd Hari Akhirat

  6. Beriman kpd Qada & Qadar


Ihsan

Nabi juga ditanya oleh Jibril tentang Ihsan. Nabi bersabda, “Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, maka apabila kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”. Syeikh Ibnu Utsaimin menjelaskan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini adalah penjelasan tentang Ihsan iaitu seorang manusia menyembah Robbnya dengan ibadah yang dipenuhi rasa harapan dan keinginan, seolah-olah dia melihatNya sehingga diapun sangat ingin sampai kepadaNya, dan ini adalah darjat ihsan yang paling sempurna.

Tapi bila dia tidak mmpu mencapai tahap seperti ini maka hendaklah dia berada di darjat yg kedua iaitu: menyembah kepada Allah dengan ibadah yang dipenuhi rasa takut dan cemas dari tertimpa seksaNya, oleh kerana itulah Nabi bersabda, “Jika kamu tidak blh melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu” ertinya jika kamu tidak mampu menyembahNya seolah-olah kamu melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 21). Jadi tingkatan Ihsan ini merangkumi perkara lahir mahupun batin.

Dalam erti kata lain Ihsan ialah :

  1. Beribadah seolah2 kita bhadapan dgn Allah

  2. Merangkumi lahiriah & batiniah



Kesimpulan

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bhwa, apabila dibandingkan Ihsan dengan Iman maka Ihsan itu lebih luas cakupannya daripada Iman. Apabila dibandingkan Iman dengan Islam, maka Iman itu lebih luas cakupannya daripada Islam . Maka di dalam Ihsan sudah terkumpul di dalamnya Iman dan Islam. Sehinggakan orang yang bersikap Ihsan@Muhsin itu lebih istimewa dibandingkan orang-orang Mu’min yang lain, dan orang yang Mu’min itu juga lebih istimewa dibandingkan orang-orang Muslim yang lain… (At Tauhid li shoffil awwal al ‘aali, Syaikh Sholih Fauzan, hlm. 63)

Oleh yg demikian, para ulama’
muhaqqiq@peneliti menyatakan bahwa setiap Mu’min pasti Muslim, kerana orang yang telah merealisasikan Iman sehingga Iman itu tertanam kuat di dalam hatinya pasti akan melaksanakan amalan-amalan yg telah disyariatkan Islam. Dan belum tentu setiap Muslim itu pasti Mu’min, kerana blh jadi Imannya sangat lemah sehingga hatinya tidak meyakini keimanannya dengan sempurna walaupun dia melakukan amalan-amalan lahir dengan anggota badannya, sehingga statusnya hanya Muslim saja dan tidak tergolong Mu’min dengan Iman yang sempurna.

Sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman, “Orang-orang Arab Badwi itu mengatakan ‘Kami telah beriman’. Katakanlah ‘Kalian belumlah beriman tapi hendaklah kalian mengatakan: ‘Kami telah berislam’.” (Al Hujurat: 14). Dengan demikian jelaslah sudah bahwasanya agama ini memang memiliki peringkat-peringkat, dimana setiap peringkat lebih tinggi daripada peringkat yang lainnya. Peringkat pertama iaitu Islam, kemudian Peringkat yang lebih tinggi dari itu adalah Iman, kemudian yang lebih tinggi dari Peringkat Iman adalah Ihsan (At Tauhid li shoffil awwal al ‘aali, Syeikh Soleh Fauzan, hlm. 64)


Muhsin - sudah pasti dirinya muslim yg mukmin

Mukmin - sudah pasti dirinya muslim tp belum mcapai tahap muhsin

Muslim -
belum tentu dirinya mukmin@beriman




WALLAHUA'LAM................................

Tuesday, November 11, 2008

Aurat@Urat.......





Ertinya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baik pakaian.”



Bdasarkan kpada ayat Quran di atas telah diterangkan dengan jelas bahwa setiap muslim dan muslimah mempunyai kewajiban yang sama dalam menutup aurat, jadi tiada perbezaan hak dan kewajiban antara muslim dan muslimah dalam hal menutup aurat...



Namun di zaman serba moden & canggih ini hal menutup aurat telah dipandang enteng oleh segolongan manusia...Oleh yg demikian semakin byk la maksiat berleluasa, jika kita perhatikan di ruangan dada2 akhbar setiap hari pasti adanya kes rogol, memperkosa, mcabul dan sebagainya...rasa malu utk ana sebutkan disini...apapun yg dpt disimpulkan dr kejadian tsebut semuanya blh dikatakn berpunca drp sikap individu tersebut yg mmndang ringan soal menutup aurat...



Sebagai cnth ana ingin mbawa antum semua ke satu situasi apabila kita keluar ke kota, pekan@pun bandar...dptlah kita saksikan bhwa ramai umat2 islam yg bkn skadar tidak menutup aurat mlh yg lebih dr itu pun ada...klu yg perempuannya dgn pakaian yg ketat2 & sendat2, hei...mcm2 lg la,fhm2 la no!!!yg laki dgn cara laki...tak tau la nk ckp ngan umat akhir zaman ni...



Apapn tlalu luas utk ana bincang di ruang lingkup dunia...cukup la skdr ana crita di ATMA ini shaja...ana menasihatkan diri ana & jg semua muslimin muslimat skalian, sekadar yg tmmpu untuk diri kita semua....ana kagum dgn mereka2 yg memakai handcover@handsock khusus bg kaum muslimat tetapi usaha tsebut haruslah bterusan, jgn la skadar melepaskan batok di tangga...rasanya tidak patut jika kekadang memakai handcover & kekadang tidak memakainya...ada jg yg memakai handcover tetapi tidak memakai tudung dgn sempurna2nya spti yg disyariatkn islam hanya sekadar memakai skaf sehingga menampakkn leher@tengkuk serta blh mnmpakkn ciptaan Allah di dada.... sharusnya anda ISTIQAMAH dlm hal ini...nmpk MUDAH tapi BERAT...mudah disisi DUNIA tapi berat disisi AGAMA...wallahua'alam


Dlm 2 hal tsebut leher adalah lbh diutamakan dr tangan kerana leher adalah sebahagian punca nafsu bg lelaki...Sekali tpndg leher wanita pasti goyah iman seorang lelaki...Kepada muslimah2 skalian, ana mengesyorkan spya peliharalah leher & tengkuk kalian sbaik2nya usahlah didedahkn kpda khlayak...Ana jg kagum dgn mereka2 yg berani & teguh pndirian dlm mpertahankan maruah diri dlm mjaga aurat wlupn pelbagai halangan melanda spti rintangan undang2 dunia...

Alangkah baiknya klu semua kaum muslimat mpertahankn hak mereka ini dr diceroboh oleh peraturan2 yg melanggar syariat...



Sprtimana firman Allah swt di dlm surah an-nur ayat 30 & 31 yg bmaksud......


"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." "Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."(Q.S. An-Nur:30-31)


Secara lansungnya ayat di atas menjelaskan kpada kita tentang dua aspek kehidupan manusia, iaitu aspek sosial dan aspek hukum. Dalam aspek hukum, Allah Swt. menjelaskan tentang disyari'atkannya hijab, dan berbicara tentang hal-hal lain yang berkaitan dengan selok-belok wanita, mulai dari soal aurat, batasan yang boleh dilihat dan yang tidak boleh. Termasuk apakah wajah termasuk aurat yang berimplikasi diwajibkannya niqab (cadar) atau wajah tidak termasuk aurat sehingga tidak wajib niqab. Hal lain adalah tentang siapa saja yang boleh melihat, dan hukum melihat kpda lawan sejenis. Dalam aspek sosial, ayat ini berbicara tentang aturan hubungan lawan jenis dan akibat-akibat yang ditimbulkan jika aturan itu dilanggar.


Aurat Wanita Bagi Wanita


Aurat wanita bagi wanita batasannya sama dengan aurat lelaki bagi lelaki, iaitu antara pusat dan lutut, dan boleh melihat selain dua tempat itu, kecuali dengan wanita kafir, kafir dzimmi atau wanita musyrik, para ulama berbeza pendapat, skop perbezaan itu terdapat pada penafsiran firman Allah Swt. Dalam surah an-nur pd ayat 31 " au nisaa' ihin" :


Golongan pertama, mereka berpendapat yang dimaksud dengan ayat tsebut " au nisaa' ihin" ialah wanita-wanita muslim shaja, adapun selain drp wanita muslim baik ianya kafir, kafir dzimmi atau musyrik tidak boleh bagi wanita muslim untuk menampakkan sesuatu dari tubuhnya kecuali jika wanita kafir itu buta.

Golongan kedua mengatakan, dalam ayat ini tidak ada perbezaan antara wanita muslim atau bukan muslim semuanya sama, makna "au nisaa' ihin" di sini umum.

Golongan ketiga pula berbendapat, yang dimaksud dengan "au nisaa' ihin" ialah wanita-wanita khusus yang telah dekat, sudah kenal baik, tidak membezakan muslim atau kafirnya, dan maksud dari ayat tersebut adalah wanita "asing" yang tidak dikenal akhlak, adat kebiasaan dan adabnya.

Ibrahnya bukan kerana perbezaan agama tetapi kerana perbezaan akhlak.
Ustadz Muhammad Ali Ash Shabuni di akhir keterangannya setelah bdasarkn beberapa pendapat tadi mengatakan : Pendapat ini (yang terakhir) merupakan yang syarat akan kemuliaan, kalaulah para muslimah pada masa sekarang memegang teguh pendapat ini, niscaya akan mengurangi keruntuhan moral yang terjadi zaman ini.


Aurat Wanita Bagi Lelaki


Asy-Syafi'iyyah dan Al Hanabilah berpendapat bahwa seluruh tubuh wanita adalah aurat termasuk kukunya, Imam Ahmad berkata:" Seluruh yang ada pada tubuh wanita adalah aurat termasuk kukunya". Sedangkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat: "Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan."pendapat ini adalah pendapat jumhur ulama sebagimana yang dikatakan oleh DR. Yusuf al Qardhawi, dan permasalahan ini merupakan hal sudah diketahui sejak masa sahabat.


Dalil-dalil Imam Malik dan Abu Hanifah Imam Malik dan Abu Hanifah mengambil dalil firman Allah swt.

Dalam ayat itu disebutkan tidak boleh menampakkan perhiasan mereka kecuali yang dibolehkn nampak hanyalah, wajah dan telapak tangan. Said bin Jabir dalam menafirkan ayat ini berkata :"makna "kecuali yang nampak" ialah wajah dan telapak tangan, pendapat ini dikuatkan dengan sabda Nabi saw. Dari Aisyah ra. Ia berkata:"Sesungguhnya Asma bin Abi Bakar masuk ke kamar Rasulullah saw. sedang mengenakan pakaian tipis, maka Rasulullah memalingkan wajahnya seraya berkata :"Hai Asma sesungguhnya wanita jika telah berhaid, maka tidak boleh nampak darinya kecuali ini dan ini", sambil mengisyaratkan kepada wajah dan telapak tangan. Mereka juga menggunakan dalil aqli, yaitu dengan mengatakan: yang menunjukkan wajah dan telapak tangan bukan aurat ialah ketika solat wanita menampakkan wajah dan telapak tangan padahal dalam solat wajib menutup aurat, kalaulah wajah dan telapak tangan itu aurat pasti dalam solat harus ditutup. Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang lain.
Dalil Imam Syafi'I dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam firman Allah ta'ala
ditegaskan tidak boleh bagi wanita menampakkan "zina" mereka, zina itu terbagi kepada dua bahagian.

(Pertama) zina yang berasal penciptaan.
* Zina yg dimaksudkn ini ialah wajah wanita itu sndiri

(Kedua) zina yang dapat dicapai oleh manusia.
*Hal ini bermaksud dengan mpecantikkan diri sprti make up, perhiasan & sbgainya

Dalam ayat itu haram bagi wanita menampakkan zinanya dan ia harus menutup seluruh perhiasan yang ada padanya, termasuk wajah dan telapak tangan. Wallahu a'lam....


Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Kaki ( tumit kaki )

" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
(An-Nur : 31)

a )menampakkan kaki
b ) menghayungkan@melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki



Wangian

" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Dada

" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
(An-Nur : 31)


Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya"
(Riwayat At-Thabrani)
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,(yang mengubah ciptaan Allah) "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a )bersolek ( make-up ) , b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


Muka dan Tangan

" Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya "
(An Nur : 31)
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Pandangan yg dibolehkn hnya pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
(Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi)


Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan yang baik2 "
(Al Ahzab : 32)
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi"
(Riwayat Ibn Majah)

Kemaluan

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan: : berzina ) "
(An Nur : 31)

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan mentaati suaminya ,maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia dikehendakinya "
(Riwayat Al Bazzar)

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumahsuaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
(Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah)


Pakaian

" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "......Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang menjurus kepada maksiat dan menarik pndangan orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

a ) Berpakaian tipis@jarang
b ) Berpakaian ketat@membentuk
c ) Berpakaian berbelah@membuka bahagian-bahagian tertentu.

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri orang2 mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju yg labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "
(Al Ahzab : 59)


Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "



....................SEKIAN...................


Menyentuh Wanita...Batalkah Wuduk...?



Intipati Kuliah Feqah Mej(Ustaz)Daud...07 1920H 11 2008


Assalamualaikum muslimin & muslimat sekalian...pd 07/11/08 merupakn sebahagian rutin kuliah feqah Ustz Daud yg pd kali ini berkisarkn tentang soal PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK. Berikut sedikit sebanyak input yg dpt ana kongsikan bersama tuan2 & puan2 sekalian...sbgaimana yg kita ketahui bhwa perkara yg boleh mbatalkan wuduk terbhagi kpda beberapa pkara...sbgai cnth :

1) Keluar sesuatu dr dua jalan iaitu dubur & qubul
2) Tidur yg tidak tetap punggungnya

3) Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila & yg seumpama dgnnya

4) Menyentuh kemaluan dgn telapak@perut tangan

5) Makan daging unta

6) Menyentuh wanita dgn keadaan tidak berlapik

7) Murtad


Cuma di dlm ruangan ini ingin ana tekankn tentang perkra yg ke-6 iaitu MENYENTUH WANITA DENGAN KEADAAN TIDAK BERLAPIK...Umum di antara kita ketahui bhwa pkara ini blh mbatalkn wuduk kerana didikan & ajaran yg telah diterapkan semenjak kecil smda di sekolah, madrasah, pondok, masjid & sebagainya, namun tahukah kita bhwa menyentuh wanita itu sebenarnya tidak membatalkn wuduk?sudah pasti ramai yg tidak bersetuju dgn ana...pd mulanya ana jg sprti kalian, apapn setelah ana mhadiri kuliah feqah ustz daud dgn btunjangkan sedikit sebanyak rujukan tmbhn yg ana bt, rujuk kembali kpd kitab2 agama, mmg btul mnyentuh wanita itu tidak membatalkan wuduk...di bwh ini ana sertakan hujah2 utk menyokong kenyataan tersebut....

Sebelum ana prgi lbh lanjut, dlm hal bersentuhan yg blh mbatalkan wuduk ini jg tdapat khilaf@pun pbezaan pndgan di antara imam2 empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan jg Hambali...Berikut sdikit sbyk yg dpt ana kisarkan...Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab....


1)Syafie, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

2)Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

3)Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.(dgn ada feeling)

4)Hambali : Juga spti pndgan Mazhab Hanafi

Mengapa mereka berselelisih pendapat.......?Ulamak Syafie berdalilkan, firman Allah Taala :

"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium@kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain yg diriwayat oleh al-Nasa'i dan Ahmad, juga dari Aisyah, katanya :Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafie dan Hanafi.

Utk keyakinan muslimin & muslimat anda blh
rujuk@lihat kpd karangan Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)...

Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah tetapi beliau terus beribadat. Ini menunjukkan hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak batal. Namun para ulamak Syafie menolak kehujahan hadis berkucup@cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak hujah hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa :


1. Mungkin ketika itu ada lapik@alas

2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).


Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak Syafie mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan tiada nafsu adalah tidak membatalkan wuduk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wuduk.

Tuan2 & Puan2 masih keliru?tggu sehingga kupasan ana yg terakhir....I'allah antum semua akan fhm...berbalik semula kpd topik td...Selama hmpir 1 jam ana bsama kuliah Ustz Daud ada jg yg menanyakan...Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit...

Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafie mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh
zakar@faraj, para ulamak Syafie menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk iaitu selain dari zakar dan faraj...

Antara persoalan lain yg ditimbulkan oleh Tuan Rizal(2004) ialah apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?Dapatlah dikatakan disini, menurut Syafie batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hambali dan Maliki, tidak batal. Maka secara totalnya mengikut pndgan ulama yg muktabar perkara tersebut adalah tidak mbatalkn wuduk.

Juga antara persoalan yg biasa kita dgr iaitu boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafie dalam pembatalan wuduk disebabkn bersentuhan dgn wanita ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan...

Apa yang dpt saya katakan disini bahawa kita di Malaysia masih berpegang kuat kpd mazhab Syafie. Menurut penerangan yg disampaikn oleh Ustz Daud serta bpandukan kpada dalil, dlm konteks perundangan kita semua masih terikat dgn mazhab syafie tetapi dr segi pengamalan kita blh mengikut mana2 mazhab...Oleh yg demikian, ingin ana ingtkan berhati-hatilah ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat. Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka yakin akan menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat...btul@tidak? tepuk dada tnya la iman...

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu FITNAH PERPECAHAN. Sebab orang-orang terdahulu sebelum kita telah melalui zaman tersebut.
Kadangkala sikap kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan berasa pelik. Mereka akan berkata itu dan ini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?pikiaq & renung2kn la...

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata : “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Walhal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain yg dpt ana berikan disini, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini berpegang kpd mazhab Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke mnyentuh anjing?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah bertalu2 dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan orang2 yang mindanya berfikiran terbuka dalam masalah mazhab...ttapi dptkah anda bayangkn jika berdebat dgn mereka yg masih dlm pemikiran yg tertutup?sukar utk ana jelaskan...wallahua'lam

Utk rujukan antum2 semua, di bwah ini ana sertakn sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab. Apapn semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama dan al-Sunnah sebagai sumber yang kedua. Kemudian dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, barulah mereka berbeza dr segi pndapat & pndgan masing2...


Mazhab Hanafi :

1. Al-Quran

2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak

3. Fatwa2 sahabat

4. Qiyas

5. Istihsan

6. Adat dan `uruf masyarakat


Mazhab Maliki :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)

4. Qiyas

5. Mashlahah mursalah / Ishtishab


Mazhab Syafi’I :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Ijma’

4. Qiyas

5. Istidlal


Mazhab Hanbali :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Fatwa-fatwa sahabat

4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah

5. Hadis Mursal dan Dha’if

6. Qiyas


Berdasarkan kpda hujah, hadis & psetujuan ulama muktabar yg dinyatakan diatas dptlah disimpulkan bhawa....menyentuh mana2 wanita@perempuan tanpa ada syahwat maka perkara tersebut tidak mbatalkan wuduk...wallahualam,dapatlah dijelaskn disini bhwa klasifikasi syahwat itu ialah perasaan yg wujud di dalam jiwa sehingga blh mengeluarkan air mazi@pun air mani...


Seandainya antum2 yg mbaca ruangan ini masih ada keraguan@kesangsian blh la bjmpa dgn Penasihat Agama 1 UPNM Mej(Ustaz) Daud utk mdapatkan penjelasan yg lbh lanjut...segala yg baik itu dtgnya drp Allah & yg kurang itu dtgnya dr diri ana sbg seorang hamba Allah yg serba kekurangan...skdr bkgsi ilmu yg tak sberapa di dada dgn Tuan2 & Puan2 sekalian....Jika antum semua ada kelapangan sama2 lah kita mengimarahkan Masjid Al-jazari & mramaikan mjlis ilmu, kerana setiap kuliah yg disampaikn oleh Ustz Daud pasti anda akn beroleh sesuatu yg baru & berguna...

Sekian...syukran jazilan kerana sudi mbaca ruangan ini, jika sudi anda jg blh mberikan komen@pun pendapat...Assalamualaikum



Monday, November 10, 2008

Jom Nikah....!!!!!






Nikah Khitbah : Penyelesaian Kepada Masalah Cinta Remaja!

Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.
“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.


Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota .
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.


Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.Khitbah di IPT
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


RisikoSeperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!(Majalah i Mei 2006)

Sunday, November 9, 2008

Aku...Dia...&...Kamu....

"AKRAB PERSAHABATAN"
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua.....
Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharungi badai atas nama
Kasih insan bersaudara.....
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua.....
Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian.....
Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua.....




































Assalamualaikum warahmatullah bt batch smkay 2004...sudah 4 tahun berlalu, sekian lama kita terpisah bersama teman2 lama yg lain, masing2 mempunyai matlamat & haluan yg tersendiri demi mengejar impian dan cita2...apapn yg penting ukhwah yg telah terjalin akan tetap berterusan hingga ke akhirnya...bersama2lah kita berdoa mg diizinkan oleh Allah swt...amin, telah banyak ranjau & duri telah kita lalui bersama semasa zaman sekolah dulu...kini semuanya telah menjadi satu kenangan yg indah tatkala mengenang masa2 lalu... Sedikit sbnyk memori & kenangan manis yg dpt ana sisipkan di atas...kpda yg tiada ana mntk mf byk2...
Sekian...aku dia & kamu...



"MUTIARA KATA DARIPADA LUKMAN AL-HAKIM"

Antara kata-kata hikmah beliau ialah:


  • Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
  • Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.
  • Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
  • Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
  • Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
  • Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
  • Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.
  • Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
  • Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
  • Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.
  • Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
  • Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
  • Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
  • Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
  • Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Saturday, November 8, 2008

Pesta Bola Exam SZP-SZK....

hubungan erat szp-szk...mantooop!
gandingan mantooop szp....ops ada sorg sesat!!!
pertandingan bermula...0-0
waterman...goal keeper...sorg tu xtau mcna leh ada...

new skills...siapa berminat blh bjmpa empunya diri...(",)



"Wajah-Wajah Ceria SZP"































Yehhh…exam dh hbs tp bkn hbs smua lg la, br hbs 2 paper, berbaki 3 paper,Wah…bkn main semangat budak2 szp planning utk penuhkan pg hari sabtu dgn aktiviti sukan, mklm la…tiada PT bagai nikmat yg tak terhingga dirasakan, cadang nk main bola…mula2 plan nk lawan ngan szr tp atas sbb2 yg tak dpt dielakkn hari ni main bola ngan budak2 szk, depa pun ok (semangat jgk)…kira cantek la!!!

Tapi…pg ni ada baris plak, ada yg kena pakai game order, bj no 3, yg jd pengawal medan cam besa la prade jacket, apapn ingtkan tak jadi tp Alhamdulillah dgn berkat kesungguhan & semangat kesukanan yg membara upacara diteruskan jgk…ramai budak2 szp yg join td, biasala kaki sukan katakan, mana blh miss tp klu BARIS PAGI@BARIS SUKAN tu slow skit la, meneruskan Tradisi SZP masa zmn pemerintahan 2002…ni antaranya pemain2 utama & tulang belakang szp…me’jar, apis, ray, jay, zai, anep, tiong, nahiz, rock, mael, ismul, doo ngan budi…

Yg lain wallahualam…mgkn syahid kerna berjihad di mlm hari!!! mengikut manager perlawanan hari ni main 9 sebelah…tak disangka ada mslh tmbul skit td, bola ada tp padang tak ada…lagu mana tu? padang penuh budak2 main…last2 alhamdulillah junior mengalah, depa tau respect senior2 depa…maka bermula lah pertangdingan bola sepak diantara szp & szk…skit la yg mendukacitakan hati semua pihak sbb tiada sokongan ladies…at least klu blh bersukan sama2 kan bagus utk kesihatan…ceria la skit…(“,)

Dipendekkn cerita ptndingan diakhiri dgn keputusan 5-3…lima berpihak kpd szk & tiga kpd szp, lumrah la kn setiap pertandingan ada yg kalah & ada yg menang…ptndingan ini bkn la bertujuan utk menentukan siapa yg juara cume skdr mengeratkn lg hubungan yg telah terjalin sekian lama sesama kos…ok la, setakat itu shja yg dpt diulas sedikit sbyk…dgr crita mggu depan ada ptandingan bola jaring plak dr pihak ladies szp…pihak lawan masih belum ditentukan…apapn siap siaga la ladies2 szk...I'Allah guys szp akn support hampa semua…don’t wori…chayok2 szp…

Kepada mereka yg tlibat pd hari ini especially utk szk…semua skod szp mengucapkn ribuan terima kasih krna sudi join main game bsama2…kiriman pantun khas bt szk…

Jika ada sumur diladang…Boleh kami menumpang mandi…Jika ada masa yg panjang…Boleh kita bermain lg…(“.)

Syukran Jazilan....Assalamualaikum