Sunday, November 16, 2008

Tahukah anda apa itu...Islam...Iman...&...Ihsan...



Assalamualaikum muslimin & muslimah sekalian...artikel pd kali ini ana ingin mbicarakn tentang soal islam, iman dan jg ihsan...kita mengakui bahawa diri kita islam tp adakah kita beriman??? tepuk dada tnyalah iman...apa khabar iman kita hari ni???sihat@sakit...tinggi@rendah...sama2 kita renungkan!!! Ana menasihatkan diri ana & scara tidak lnsungnya jg bt diri antum semua...

Berbalik kpda apa itu islam, iman dan jg ihsan.....


Islam Merangkumi Tiga Peringkat

Rasullallah saw pd suatu hari pernah didatangi malaikat Jibril dalam mbentukkn dirinya sbgai seorang lelaki yang tidak dikenali dikalangan para sahabat yang ada pada ketika itu, dia menanyakan kepada beliau tentang Islam, Iman dan Ihsan. Setelah beliau menjawab berbagai pertanyaan Jibril dan dia pun telah meninggalkan mereka, maka pada suatu kesempatan Rasullallah bertanya kepada sahabat Umar Al-Khattab, “Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu ?” Maka Umar menjawab, “Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu”. Nabi pun bersabda, “Sesungguhnya dia itu adalah Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.” (HR. Muslim). Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah mengatakan: Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawasanya Iman, Islam dan Ihsan semuanya diberi nama addin@agama (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 23).

Jadi agama Islam itu merangkumi 3 peringkat iaitu :
  1. Islam

  2. Iman

  3. Ihsan


Islam

Di dalam hadis tersebut, ketika Rasulallah ditanya tentang Islam beliau menjawab, “Islam itu engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad itu pesuruh Allah, engkau mdirikan solat, mtunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah (jika engkau mampu)”. Syeikh Ibnu Utsaimin menjelaskan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini ialah bahwa Islam itu terdiri dari 5 rukun (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 14). Jadi Islam yang dimaksud disini adalah amalan-amalan lahiriyah yang meliputi syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Dalam erti kata lain ialah Rukun Islam (amalan lahiriah) :
  1. Syahadah

  2. Solat

  3. Puasa

  4. Zakat

  5. Haji


Iman

Selanjutnya Nabi ditanya mengenai iman. Beliau bersabda, “Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari akhirat dan engkau beriman terhadap qadha’ dan qadar; (yang baik mahupun yang buruk)”. Jadi Iman yang dimaksud disini merangkumi perkara-perkara batiniyah yang ada di dalam hati. Syeikh Ibnu ‘Utsaimin mengatakan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini adalah pembezaan antara Islam dan Iman, ini terjadi apabila kedua-duanya disebutkan secara bersama-sama, maka ketika itu Islam ditafsirkan dengan amalan-amalan anggota badan sedangkan Iman ditafsirkan dengan amalan-amalan hati, akan tetapi bila sebutkan secara mutlak salah satunya (Islam saja atau Iman saja) maka sudah merangkumi yang lainnya. Seperti dalam firman Allah Ta’ala, “Dan Aku telah redha Islam menjadi agama kamu.” (Al Ma’idah : 3) maka kata Islam di sini sudah merangkumi Islam dan Iman… (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 17).

Dalam erti kata lain ialah Rukun Iman (amalan batiniah) :
  1. Beriman kpd Allah

  2. Beriman kpd Malaikat

  3. Beriman kpd Kitab

  4. Beriman kpd Rasul

  5. Beriman kpd Hari Akhirat

  6. Beriman kpd Qada & Qadar


Ihsan

Nabi juga ditanya oleh Jibril tentang Ihsan. Nabi bersabda, “Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, maka apabila kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”. Syeikh Ibnu Utsaimin menjelaskan: Diantara intipati yang blh dipetik dari hadis ini adalah penjelasan tentang Ihsan iaitu seorang manusia menyembah Robbnya dengan ibadah yang dipenuhi rasa harapan dan keinginan, seolah-olah dia melihatNya sehingga diapun sangat ingin sampai kepadaNya, dan ini adalah darjat ihsan yang paling sempurna.

Tapi bila dia tidak mmpu mencapai tahap seperti ini maka hendaklah dia berada di darjat yg kedua iaitu: menyembah kepada Allah dengan ibadah yang dipenuhi rasa takut dan cemas dari tertimpa seksaNya, oleh kerana itulah Nabi bersabda, “Jika kamu tidak blh melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu” ertinya jika kamu tidak mampu menyembahNya seolah-olah kamu melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (Ta’liq Syarah Arba’in hlm. 21). Jadi tingkatan Ihsan ini merangkumi perkara lahir mahupun batin.

Dalam erti kata lain Ihsan ialah :

  1. Beribadah seolah2 kita bhadapan dgn Allah

  2. Merangkumi lahiriah & batiniah



Kesimpulan

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bhwa, apabila dibandingkan Ihsan dengan Iman maka Ihsan itu lebih luas cakupannya daripada Iman. Apabila dibandingkan Iman dengan Islam, maka Iman itu lebih luas cakupannya daripada Islam . Maka di dalam Ihsan sudah terkumpul di dalamnya Iman dan Islam. Sehinggakan orang yang bersikap Ihsan@Muhsin itu lebih istimewa dibandingkan orang-orang Mu’min yang lain, dan orang yang Mu’min itu juga lebih istimewa dibandingkan orang-orang Muslim yang lain… (At Tauhid li shoffil awwal al ‘aali, Syaikh Sholih Fauzan, hlm. 63)

Oleh yg demikian, para ulama’
muhaqqiq@peneliti menyatakan bahwa setiap Mu’min pasti Muslim, kerana orang yang telah merealisasikan Iman sehingga Iman itu tertanam kuat di dalam hatinya pasti akan melaksanakan amalan-amalan yg telah disyariatkan Islam. Dan belum tentu setiap Muslim itu pasti Mu’min, kerana blh jadi Imannya sangat lemah sehingga hatinya tidak meyakini keimanannya dengan sempurna walaupun dia melakukan amalan-amalan lahir dengan anggota badannya, sehingga statusnya hanya Muslim saja dan tidak tergolong Mu’min dengan Iman yang sempurna.

Sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman, “Orang-orang Arab Badwi itu mengatakan ‘Kami telah beriman’. Katakanlah ‘Kalian belumlah beriman tapi hendaklah kalian mengatakan: ‘Kami telah berislam’.” (Al Hujurat: 14). Dengan demikian jelaslah sudah bahwasanya agama ini memang memiliki peringkat-peringkat, dimana setiap peringkat lebih tinggi daripada peringkat yang lainnya. Peringkat pertama iaitu Islam, kemudian Peringkat yang lebih tinggi dari itu adalah Iman, kemudian yang lebih tinggi dari Peringkat Iman adalah Ihsan (At Tauhid li shoffil awwal al ‘aali, Syeikh Soleh Fauzan, hlm. 64)


Muhsin - sudah pasti dirinya muslim yg mukmin

Mukmin - sudah pasti dirinya muslim tp belum mcapai tahap muhsin

Muslim -
belum tentu dirinya mukmin@beriman




WALLAHUA'LAM................................