Sunday, April 12, 2009

Kekosongan Jawatan....




SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


wallahua'lam...........

Monday, April 6, 2009

Abdullah Al-Idris (Tokoh Ilmuan Islam)


Pakar Geografi Pembuat Peta Dunia


UMAT manusia patut berterima kasih pada tokoh ini iaitu Abdullah Al-Idris (1099-1166 M). Dilahirkan dengan nama penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris Ash-Sharif di kalangan ilmuwan dan masyarakat Barat dan dunia umumnya, Al-Idris dikenal sebagai seorang ahli geografi, dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400 kilogram. Berkat karyanya ini, umat manusia dapat mengetahui di mana letak benua atau kawasan tertentu yang ingin dituju. Beberapa pelajar di institusi pengajian tinggi menyanjung ilmuwan kelahiran Ceita, Sepanyol ini sebagai ahli geografi dan kartografi terbesar pada abad pertengahan. Idris atau Al-Sharif Al-Idris Al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran.

Idris menghabiskan zaman persekolahannya di Cordova. Seperti kebanyakan ahli geografi lainnya, ia melakukan pengembaraan ke pelbagai tempat, dari satu negara ke negara lain nya, dan dari satu benua ke benua lainnya untuk mengumpulkan data geografi. Kebanyakan ahli geografi Muslim pada zaman Idris, telah berjaya membuat kiraan keluasan muka bumi secara tepat. Ketika itu beberapa peta dunia juga telah dibuat, namun tak sesempurna peta yang dibuat Idris.

Daripada bahan-bahan yang telah dikumpulkannya, Idris lalu mengkombinasikan sendiri penemuan-penemuannya tersebut menjadi satu pengetahuan baru. Karyanya banyak menyajikan data komprehensif dari setiap wilayah di dunia.

Dari penemuannya inilah, Idris menjadi sangat dikenal dan mulai dijadikan rujukan oleh kalangan ahli kelautan Eropah serta kalangan pihak tentera.

Kepakaran Idris di bidang geografi itu sampai ke pengetahuan Raja Roger II, raja Norman dari Sicilia. Raja Roger II lalu mengundang dan menawarkan kemudahan pada Idris untuk membuat peta dunia paling tepat pada ketika itu. Idris memenuhi permintaan itu, namun ia meletakkan syarat iaitu dalam peta itu ia ingin memasukkan data bahawa Sicilia pernah berada di bawah pemerintahan kaum Muslim sebelum Raja Roger berkuasa. Peta pesanan raja itu direalisasikan Idris dalam bentuk bola dunia (globe) seberat 400 kilogram. Globe itu secara cermat juga mencantumkan ketujuh benua dengan laluan perdagangannya, tasik-tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran, serta pergunungan. Selain itu, Idris juga memasukkan beberapa informasi tentang jarak, jauh, dan ketinggian dengan amat tepat. Oleh Idris globe itu dilengkapkan pula dengan Kitab Al-Rujari (Roger's Book).

Lantas bagaimana ilmuwan Abu Abdillah Al-idris menjelaskan hasil penemuannya dalam bentuk peta dunia yang dipesan secara khas oleh raja Roger II dari Sisilia? Bagaimana pula kajian atau perolehan data dan bagaimana ia memetakannya?

Seorang penulis biografi terkenal asal Sicilia, Vincenzo Salerno, dalam artikelnya yang disiarkan dalam Best of Sicily Magazine (2003) secara cermat mengamati penemuan Al-Idris itu daripada pelbagai rujukan.

Menurut Vincenzo, sebelum peta itu digambarkan, Al-Idris terlebih dahulu mencari data dan maklumat yang diperlukan yang menurut sumber Barat, Idris telah berhasil memperoleh maklumat yang cukup lengkap, termasuk berbagai sumber sama ada daripada sumber Islam mahupun Kristian. Tentu bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh maklumat tersebut. Ini kerana pusat sumber yang lengkap atau perpustakaan pada zaman tersebut tidak seperti yang dimiliki pada hari ini. Sedangkan peta berbentuk globe itu perlu segera dilukiskan dan diserahkan ke pada raja yang berkuasa di Palermo, Sicilia itu.

Yang banyak membantu Idris adalah pengalaman beliau dalam pengembaraan, walaupun tak sehebat Ibnu Batutah, pengembara semasa zaman Marco Polo. Al-Idris telah melancong ke berbagai negeri sejak umurnya masih belia. Pengembaraan itu umpama pendidikan secara terus yang diperolehnya dalam bentuk praktikal yang tentunya amat bermanfaat dalam merealisasikan impiannya membuat peta dunia.

Sebenarnya bukan suatu kemestian bagi Idris untuk memenuhi permintaan seorang raja berkenaan kerana dia bukanlah warga tempatan kerajaan tersebut, melainkan hanya sebagai "temporary resident". Namun di sebalik pembuatan pe ta itu, Idris juga ingin menunjukkan kehebatannya sebagai cendekiawan Muslim.

Selain itu menurut Vincenzo lagi, Idris dihadapkan kepada banyak cabaran dalam merealisasikan impiannya. Situasi itu tentu amat berbeza dengan kecanggihan tekhlogi kumputer pada hari ini yang kesemuanya boleh dibuat dengan sekelip mata di atas sehelai kertas. Lebih rumit lagi pesanan itu bukan dilukis di atas selembar kertas, tetapi pada bahan yang terbuat daripada perak dengan bentuk sebuah bola dunia. Jadi perkara yang perlu dilakukan oleh Idris hanyalah melukiskannya secara manual menggunakan tangan.

Satu kelebihan yang ada pada Idris ia sememangnya seorang yang mahir dalam konsep pembuatan peta (kartografi ). Dari peta yang digambarkan Idris, sebagaimana peta-peta yang dibuat oleh beberapa pakar geografi Muslim, menggunakan orientasi Selatan (bukan Utara). Simbol-simbol dalam peta dan tulisan (lettering) untuk menjelaskan isi peta ditulis menggunakan kaligrafi Arab yang lebih bervariasi.

Sebagai melengkapkan peta yang ditulisnya, Idris sempat menulis buku geografi yang diberi nama Kitab Al-Rujari (Book of Roger). Kitab ini memaparkan secara komprehensif setiap maklumat geografi yang ada pada peta bola dunia yang digambarkannya itu. Tidak hanya itu, Al-Idris juga berjaya membuat anggaran ukuran garis tengah bumi dan pada titik 22.900 batu, setara dengan 42.185 km.Kejayaan ini tak banyak berbeza dengan ukuran yang sebenarnya, iaitu 40.068 km. Berasaskan karyanya, banyak buku-buku rujukan yang ditulis ilmuwan Barat menyebutkan bahawa karya Idris merupakan suatu sumbangan yang besar pada teknologi pembuatan peta dunia selepas itu.


Tidak hairan apabila nama Idris disebutkan dalam banyak buku-buku berkaitan sejarah pembuatan peta dunia. Misalnya salah satu perisian pemprosesan pada Sistem Informasi Geografi (SIG) -- dalam bahasa Inggris disebut Geographical Information System (GIS) - dikenali dengan Idris. Idris adalah antara tokoh yang membuktikan kemampuan seorang cendekiawan Muslim yang memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kepada raja yang bukan Islam.


Monday, January 5, 2009

22 januari......bayi, kanak2, remaja, dewasa, tua,

- Rahsia Bulan Januari -

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

Menantinya Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-22

*Solat Hajat

*Puasa Sunat

*Kenduri Kesyukuran

*Doa Selamat

22 JANUARI 1987

21 JAMADIL'AWAL 1407

KHAMIS

22 JANUARI 1988

2 JAMADIL'AKHIR 1408

JUMAAT

22 JANUARI 1989

14 JAMADIL'AKHIR 1409

AHAD

22 JANUARI 1990

24 JAMADIL'AKHIR 1410

ISNIN

22 JANUARI 1991

6 REJAB 1411

SELASA

22 JANUARI 1992

17 REJAB 1412

RABU

22 JANUARI 1993

29 REJAB 1413

JUMAAT

22 JANUARI 1994

10 SYABAN 1414

SABTU

22 JANUARI 1995

20 SYABAN 1415

AHAD

22 JANUARI 1996

1 RAMADHAN 1416

ISNIN

22 JANUARI 1997

12 RAMADHAN 1417

RABU

22 JANUARI 1998

23 RAMADHAN 1418

KHAMIS

22 JANUARI 1999

4 SYAWAL 1419

JUMAAT

22 JANUARI 2000

15 SYAWAL 1420

SABTU

22 JANUARI 2001

27 SYAWAL 1421

ISNIN

22 JANUARI 2002

8 ZULKAEDAH 1422

SELASA

22 JANUARI 2003

19 ZULKAEDAH 1423

RABU

22 JANUARI 2004

29 ZULKAEDAH 1424

KHAMIS

22 JANUARI 2005

11 ZULHIJJAH 1425

SABTU

22 JANUARI 2006

21 ZULHIJJAH 1426

AHAD

22 JANUARI 2007

2 MUHARRAM 1428

ISNIN

22 JANUARI 2008

13 MUHARRAM 1429

SELASA

22 JANUARI 2009

25 MUHARRAM 1430

KHAMIS



semoga sepanjang usia ku diberkati Allah swt...amin