Tuesday, November 11, 2008

Menyentuh Wanita...Batalkah Wuduk...?



Intipati Kuliah Feqah Mej(Ustaz)Daud...07 1920H 11 2008


Assalamualaikum muslimin & muslimat sekalian...pd 07/11/08 merupakn sebahagian rutin kuliah feqah Ustz Daud yg pd kali ini berkisarkn tentang soal PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK. Berikut sedikit sebanyak input yg dpt ana kongsikan bersama tuan2 & puan2 sekalian...sbgaimana yg kita ketahui bhwa perkara yg boleh mbatalkan wuduk terbhagi kpda beberapa pkara...sbgai cnth :

1) Keluar sesuatu dr dua jalan iaitu dubur & qubul
2) Tidur yg tidak tetap punggungnya

3) Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila & yg seumpama dgnnya

4) Menyentuh kemaluan dgn telapak@perut tangan

5) Makan daging unta

6) Menyentuh wanita dgn keadaan tidak berlapik

7) Murtad


Cuma di dlm ruangan ini ingin ana tekankn tentang perkra yg ke-6 iaitu MENYENTUH WANITA DENGAN KEADAAN TIDAK BERLAPIK...Umum di antara kita ketahui bhwa pkara ini blh mbatalkn wuduk kerana didikan & ajaran yg telah diterapkan semenjak kecil smda di sekolah, madrasah, pondok, masjid & sebagainya, namun tahukah kita bhwa menyentuh wanita itu sebenarnya tidak membatalkn wuduk?sudah pasti ramai yg tidak bersetuju dgn ana...pd mulanya ana jg sprti kalian, apapn setelah ana mhadiri kuliah feqah ustz daud dgn btunjangkan sedikit sebanyak rujukan tmbhn yg ana bt, rujuk kembali kpd kitab2 agama, mmg btul mnyentuh wanita itu tidak membatalkan wuduk...di bwh ini ana sertakan hujah2 utk menyokong kenyataan tersebut....

Sebelum ana prgi lbh lanjut, dlm hal bersentuhan yg blh mbatalkan wuduk ini jg tdapat khilaf@pun pbezaan pndgan di antara imam2 empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan jg Hambali...Berikut sdikit sbyk yg dpt ana kisarkan...Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempuan ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab....


1)Syafie, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri.

2)Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.

3)Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.(dgn ada feeling)

4)Hambali : Juga spti pndgan Mazhab Hanafi

Mengapa mereka berselelisih pendapat.......?Ulamak Syafie berdalilkan, firman Allah Taala :

"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium@kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain yg diriwayat oleh al-Nasa'i dan Ahmad, juga dari Aisyah, katanya :Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafie dan Hanafi.

Utk keyakinan muslimin & muslimat anda blh
rujuk@lihat kpd karangan Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)...

Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah tetapi beliau terus beribadat. Ini menunjukkan hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak batal. Namun para ulamak Syafie menolak kehujahan hadis berkucup@cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak hujah hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa :


1. Mungkin ketika itu ada lapik@alas

2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).


Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak Syafie mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan tiada nafsu adalah tidak membatalkan wuduk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wuduk.

Tuan2 & Puan2 masih keliru?tggu sehingga kupasan ana yg terakhir....I'allah antum semua akan fhm...berbalik semula kpd topik td...Selama hmpir 1 jam ana bsama kuliah Ustz Daud ada jg yg menanyakan...Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit...

Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafie mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh
zakar@faraj, para ulamak Syafie menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk iaitu selain dari zakar dan faraj...

Antara persoalan lain yg ditimbulkan oleh Tuan Rizal(2004) ialah apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?Dapatlah dikatakan disini, menurut Syafie batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hambali dan Maliki, tidak batal. Maka secara totalnya mengikut pndgan ulama yg muktabar perkara tersebut adalah tidak mbatalkn wuduk.

Juga antara persoalan yg biasa kita dgr iaitu boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafie dalam pembatalan wuduk disebabkn bersentuhan dgn wanita ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan...

Apa yang dpt saya katakan disini bahawa kita di Malaysia masih berpegang kuat kpd mazhab Syafie. Menurut penerangan yg disampaikn oleh Ustz Daud serta bpandukan kpada dalil, dlm konteks perundangan kita semua masih terikat dgn mazhab syafie tetapi dr segi pengamalan kita blh mengikut mana2 mazhab...Oleh yg demikian, ingin ana ingtkan berhati-hatilah ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat. Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka yakin akan menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat...btul@tidak? tepuk dada tnya la iman...

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu FITNAH PERPECAHAN. Sebab orang-orang terdahulu sebelum kita telah melalui zaman tersebut.
Kadangkala sikap kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan berasa pelik. Mereka akan berkata itu dan ini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?pikiaq & renung2kn la...

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata : “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Walhal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain yg dpt ana berikan disini, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini berpegang kpd mazhab Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke mnyentuh anjing?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah bertalu2 dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan orang2 yang mindanya berfikiran terbuka dalam masalah mazhab...ttapi dptkah anda bayangkn jika berdebat dgn mereka yg masih dlm pemikiran yg tertutup?sukar utk ana jelaskan...wallahua'lam

Utk rujukan antum2 semua, di bwah ini ana sertakn sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab. Apapn semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama dan al-Sunnah sebagai sumber yang kedua. Kemudian dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, barulah mereka berbeza dr segi pndapat & pndgan masing2...


Mazhab Hanafi :

1. Al-Quran

2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak

3. Fatwa2 sahabat

4. Qiyas

5. Istihsan

6. Adat dan `uruf masyarakat


Mazhab Maliki :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)

4. Qiyas

5. Mashlahah mursalah / Ishtishab


Mazhab Syafi’I :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Ijma’

4. Qiyas

5. Istidlal


Mazhab Hanbali :

1. Al-Quran

2. Sunnah

3. Fatwa-fatwa sahabat

4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah

5. Hadis Mursal dan Dha’if

6. Qiyas


Berdasarkan kpda hujah, hadis & psetujuan ulama muktabar yg dinyatakan diatas dptlah disimpulkan bhawa....menyentuh mana2 wanita@perempuan tanpa ada syahwat maka perkara tersebut tidak mbatalkan wuduk...wallahualam,dapatlah dijelaskn disini bhwa klasifikasi syahwat itu ialah perasaan yg wujud di dalam jiwa sehingga blh mengeluarkan air mazi@pun air mani...


Seandainya antum2 yg mbaca ruangan ini masih ada keraguan@kesangsian blh la bjmpa dgn Penasihat Agama 1 UPNM Mej(Ustaz) Daud utk mdapatkan penjelasan yg lbh lanjut...segala yg baik itu dtgnya drp Allah & yg kurang itu dtgnya dr diri ana sbg seorang hamba Allah yg serba kekurangan...skdr bkgsi ilmu yg tak sberapa di dada dgn Tuan2 & Puan2 sekalian....Jika antum semua ada kelapangan sama2 lah kita mengimarahkan Masjid Al-jazari & mramaikan mjlis ilmu, kerana setiap kuliah yg disampaikn oleh Ustz Daud pasti anda akn beroleh sesuatu yg baru & berguna...

Sekian...syukran jazilan kerana sudi mbaca ruangan ini, jika sudi anda jg blh mberikan komen@pun pendapat...Assalamualaikum



2 comments:

Anonymous said...

panjang sgt la..
ngantuk pulak bace...
:p

imam_muda said...

ye...ana fhm mmg pnjg tp klu ana tulis pndek nnti ada plak yg ckp x cukup hujah,jd tpksa la ana tulis pnjg skit utk mhuraikan semuanya spya jelas...mf ye