Menurut mazhab....
2)Mazhab Maliki : Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat kelazatan ketika bersentuhan.
3)Hanafi : Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.(dgn ada feeling)
Mengapa mereka berselelisih pendapat.......?Ulamak Syafie berdalilkan, firman Allah Taala :
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Ada hadis lain yg diriwayat oleh al-Nasa'i dan Ahmad, juga dari Aisyah, katanya :Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafie dan Hanafi.
Utk keyakinan muslimin & muslimat anda blh rujuk@lihat kpd karangan Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)...
Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak Syafie mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam keadaan tiada nafsu adalah tidak membatalkan wuduk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wuduk.
Hanya dalam mazhab Syafie mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.
Cuma dalam masalah menyentuh zakar@faraj, para ulamak Syafie menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk iaitu selain dari zakar dan faraj...
Juga antara persoalan yg biasa kita dgr iaitu boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafie dalam pembatalan wuduk disebabkn bersentuhan dgn wanita ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan...
Apa yang dpt saya katakan disini bahawa kita di Malaysia masih berpegang kuat kpd mazhab Syafie. Menurut penerangan yg disampaikn oleh Ustz Daud serta bpandukan kpada dalil, dlm konteks perundangan kita semua masih terikat dgn mazhab syafie tetapi dr segi pengamalan kita blh mengikut mana2 mazhab...Oleh yg demikian, ingin ana ingtkan berhati-hatilah ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat. Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka yakin akan menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat...btul@tidak? tepuk dada tnya la iman...
Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu FITNAH PERPECAHAN. Sebab orang-orang terdahulu sebelum kita telah melalui zaman tersebut.
Kadangkala sikap kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan berasa pelik. Mereka akan berkata itu dan ini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?pikiaq & renung2kn la...
Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata : “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Walhal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.
Sebagai contoh lain yg dpt ana berikan disini, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini berpegang kpd mazhab Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke mnyentuh anjing?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah bertalu2 dari al-Quran dan sunnah….
Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan orang2 yang mindanya berfikiran terbuka dalam masalah mazhab...ttapi dptkah anda bayangkn jika berdebat dgn mereka yg masih dlm pemikiran yg tertutup?sukar utk ana jelaskan...wallahua'lam
Utk rujukan antum2 semua, di bwah ini ana sertakn sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab. Apapn semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama dan al-Sunnah sebagai sumber yang kedua. Kemudian dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, barulah mereka berbeza dr segi pndapat & pndgan masing2...
Mazhab Hanafi :
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat
Mazhab Maliki :
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab
Mazhab Syafi’I :
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal
Mazhab Hanbali :
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas
Berdasarkan kpda hujah, hadis & psetujuan ulama muktabar yg dinyatakan diatas dptlah disimpulkan bhawa....menyentuh mana2 wanita@perempuan tanpa ada syahwat maka perkara tersebut tidak mbatalkan wuduk...wallahualam,dapatlah dijelaskn disini bhwa klasifikasi syahwat itu ialah perasaan yg wujud di dalam jiwa sehingga blh mengeluarkan air mazi@pun air mani...
2 comments:
panjang sgt la..
ngantuk pulak bace...
:p
ye...ana fhm mmg pnjg tp klu ana tulis pndek nnti ada plak yg ckp x cukup hujah,jd tpksa la ana tulis pnjg skit utk mhuraikan semuanya spya jelas...mf ye
Post a Comment